8 Kesilapan Kritikal Semasa Temuduga Kerja


Kesilapan 1:

Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon  yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati.

Contoh Soalan Temuduga:

>>> Kenapa anda mahu bertukar kerja?

>>> Kenapa anda bertukar kerja?

>>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja?


Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada status pekerjaan anda. Percayalah, kebiasaannya jawapan yang diberikan oleh calon adalah yang negatif mengenai  majikan lama seperti;

- Majikan tak profesional

- Masalah pengurusan majikan lama

- Masalah gaji kerja lama

- Masalah suasana kerja yang tak kondusif

... masalah bla bla bla bla... tempat kerja lama


Ya lah, kalau tak ada masalah takkan  calon tersebut mencari kerja baru kan? Yang lebih 'bijak' (kurang), calon akan  menambah ayat ini selepas perkataan negatif  mengenai tempat kerja lama diatas:

>>> Tapi saya yakin Syarikat Tuan lebih  baik dari tempat kerja lama saya


Adakah anda rasa pernyataan seperti itu  akan membuatkan penemuduga (bakal majikan baru) gembira dengan anda? Mungkin ya, tetapi  besar kemungkinan penemuduga akan membuat nota tambahan pada resume anda dengan 5 HURUF ini:

G.A.G.A.L

Kenapa???


- Adakah anda boleh menjaga nama baik syarikat?

- Masalah kurang 'profesional' pada sikap

- Peribadi anda menjadi satu persoalan 


... dan mungkin lebih teruk lagi, penemuduga akan menghubungi syarikat lama anda untuk  mendapat lebih maklumat mengenai anda.. HABIS! Berhati-hati semasa menjawab soalan sebegini, berikan respons yang POSITIF tanpa memburukkan majikan lama. Adalah lebih baik jika anda menonjolkan kekuatan anda seperti "Saya mahu meneroka cabaran baru" 
atau yang seumpama dengannya.



Kesilapan 2:

Bertanya mengenai cuti tahunan/cuti sakit dan sebagainya. Ya, semua soalan berkaitan cuti. Adalah 
menjadi satu kesilapan jika apabila  diberi peluang untuk anda bertanya, anda memilih untuk bertanya berkaitan cuti.Tahukah anda, soalan berkaitan cuti ini akan memberikan persepsi yang negatif kepada anda di mata penemuduga.


Belum menjawat jawatan lagi anda sudah bertanya mengenai cuti. Bukankah ianya memberikan gambaran;

"Owh.. dia ni 'kaki' cuti ni.."


Isu cuti ini adalah hak anda dan anda berhak untuk tahu dan lebih manis jika anda bertanya berkaitan isu ini apabila anda sudah dipanggil melapor diri/berjaya temuduga. Kami syorkan anda simpan soalan tersebut terlebih dahulu.


Kesilapan 3:

Telefon bimbit. Sama ada telefon itu berbunyi  atau 'vibrate', kedua-duanya bakal mengganggu penemuduga. Lebih teruk anda mengambil keputusan untuk mengeluarkan telefon tersebut dan melihat 'siapa pemanggil' itu (walaupun anda tidak menjawab panggilan tersebut)


Lebih nazak lagi apabila anda meminta izin untuk menjawab telefon tersebut dari penemuduga. Jangan ketawa! Hal ini berlaku dan biasa  berlaku. Jangan biarkan ianya berlaku kepada anda Kami syorkan, MATIKAN terus telefon tersebut dan nantinya selepas temuduga hidupkan semula..


Ps: Kesilapan 2 dan 3 ini terlalu asas, tetapi ramai yang alpa mengenainya.


Kesilapan 4:


Di mana anda 5 tahun lagi...Anda akan lihat kadang akan berlaku sesi 'perangkap' di sini oleh penemuduga. Mereka MUNGKIN akan bertanya soalan ini dalam keadaan tersenyum/ketawa kecil atau ringkasnya mereka akan bertanya dan membuatkan anda berasa soalan ini tidak begitu serius.


Anda harus sedar yang soalan ini adalah SOALAN SERIUS yang akan menilai bagaimana corak pemikiran anda. Soalan ini secara ringkasnya akan menilai sama ada:

  • Anda mempunyai wawasan atau tidak
  • Anda mempunyai perancangan atau tidak 
  • Anda mempunyai keyakinan diri atau tidak 
  • Anda jelas dengan halatuju kerjaya anda atau tidak


Ahah! Bagaimana? Kesilapan KRITIKAL calon semasa menjawab soalan ini adalah bercakap sambil lewa dan tidak serius atau kurang serius. Untuk soalan ini anda harus menjawab dengan YAKIN dan JELAS.


YAKIN = huraian dengan mimik muka yang serius

JELAS = tidak teragak-agak, ayat yang lancar


Tips: Sediakan 'skrip' khas untuk soalan ini ya. Pasti anda akan berterima kasih dengan tip ini :)



Kesilapan 5: Bisnes, Misi dan Visi syarikat


Menjadi komponen WAJIB untuk calon tahu latarbelakang syarikat/kementerian/agensi. Kesilapan KRITIKAL calon ialah malas untuk mengambil tahu perkara ini. Tidak penting katanya. Jika itu tanggapan anda, 100% anda silap!


Mengambil masa untuk mengetahui latarbelakang syarikat ini SECARA LANGSUNG menampakkan betapa anda serius dengan syarikat dan betul-betul berminat untuk bekerja di situ. Dimana nak cari maklumat ini? 


1 - pergi ke syarikat/kementerian tersebut.  Anda boleh tanya di sana atau terus cari di dinding pejabat. 

2 - cari laman web korporat syarikat/kementerian  tersebut. Sebagai contoh untuk jawatan berkaitan 
KASTAM, anda boleh baca Visi, Misi etc di laman web korporat Kastam di;

 http://www.customs.gov.my/index.php/bm/info-korporat/visi-misi-a-etika


Kesilapan 6:


Ayat ini merbahaya..

...tuan boleh rujuk resume saya, 
semuanya telah saya senaraikan di sana.


Tetapi ianya juga boleh bertukar menjadi  'pemanis' yang bakal menguatkan anda.Bergantung  'BILA' dan 'BAGAIMANA' anda menggunakannya.


Apa pendapat anda? Bila ianya menjadi 'pemanis' (sesuai digunakan) dan bila  ianya menjadi 'racun' (tidak sesuai digunakan)???

:
:
:
:
:
:
:
:

Begini sebenarnya. Ayat..


...tuan boleh rujuk resume saya, 
semuanya telah saya senaraikan di sana.


Ianya menjadi RACUN apabila anda mengeluarkan ayat ini secara terus apabila ditanya sesuatu yang anda yakin telah anda nyatakan di dalam  resume anda. Contohnya penemuduga bertanya soalan;


"Adakah saudara/i pernah hadir ke mana-mana 
kursus atau seminar berkaitan XxXxX?"


dan anda terus menjawab..


"Ya ada. Tuan boleh rujuk resume saya..."


Anda menjawab dengan penuh hemah, positif tetapi ianya memberikan impak yang negatif  kerana anda memberikan ARAHAN secara tidak langsung kepada penemuduga. Juga secara tidak langsung anda 'memarahi'  beliau kerana tidak membaca resume anda. 


Ianya terpulang kepada persepsi penemuduga  itu, tetapi alangkah baiknya jika kita cuba mengelakkan perkara negatif berlaku kan?


Ianya akan menjadi PEMANIS jika anda ubah sedikit ayat anda. Merujuk kepada soalan  yang sama di atas tadi, anda jawab;


"Ya tuan/puan. Saya telah menghadiri..... pada.... Ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan...... Saya ada masukkan dalam resume saya berkaitan kursus ini dan beberapa kursus lain yang saya hadir untuk meningkatkan kemahiran saya..."


Ahah! Bukankah ianya lebih manis?



Kesilapan 7: "Perkataan UNIVERSAL"


Perkataan Universal ini adalah perkataan yang membawa maksud menyeluruh atau skop besar (umum), Contohnya;


- Semua
- Tiada langsung
- Keseluruhan
- Setiap perkara/orang/tugas
- Tidak pernah


Penggunaan perkataan ini akan mengundang soalan berbentuk 'tekanan' daripada penemuduga.


-----------------------------------------
Ayat anda & 'Libas balik' penemuduga'
-----------------------------------------


[Anda] 

SEMUA orang yakin yang saya bijak dalam mengurus masa


[Penemuduga]

SEMUA? tak pernah dalam dunia 100% orang yakin dalam sesuatu perkara, dalam apa pun  situasi. Anda tak berpijak di bumi yang nyata. Kalau benar 'statement' itu, bagaimana  awak tahu 'SEMUA ORANG'? Awak tanya setiap orang?


----


[Anda] 

Saya TIDAK PERNAH melakukan kesilapan


[Penemuduga]
 
Takkan awak tak boleh langsung ingat kesilapan awak walaupun kecil sepanjang awak hidup? Pekerja yang bagus adalah yang boleh terima hakikat dia ada kesalahan dan sanggup berubah.. atau awak terlalu sempurna..hmmmm


Uishh kalau ini berlaku, anda bakal mengubah 'rentak' keseluruhan sesi temuduga. KENAPA?


>> Anda telah mengubah persepsi penemuduga
>> Anda mungkin terkedu
>> Keyakinan anda mungkin hilang


==============
TUGASAN
==============


Kita kadang perlu ayat tersebut, tapi bagaimana cara yang lebih 'selamat' untuk menggunakan ayat tersebut? Ok, ini tugasan anda. Ubah ayat anda kepada skop yang lebih kecil.


- Semua --> KEBANYAKAN


- Tiada langsung --> ?? 


- Keseluruhan --> ??


- Setiap perkara/orang/tugas --> ??


- Tidak pernah --> ??



Kesilapan 8:


Untuk kesilapan yang akhir ini, bukan calang calang orang boleh melakukan. Calon mempunyai keyakinan yang tinggi tetapi bakal mengakibatkan sesuatu yang parah!


"Memotong cakap/hujah penemuduga"


Ini sangat bahaya. Tip penting untuk ini adalah, 'rendah'kan 'semangat nak menang'  anda =)


Semoga, artikel 8 Kesilapan Kritikal semasa Temuduga ini, bermanaat untuk anda.


0 Komentar untuk "8 Kesilapan Kritikal Semasa Temuduga Kerja"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info