Nota Persediaan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 2015

Tinggal bebarapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 yang dijadualkan pada 25 Mac 2015. Mungkin ada calon-calon yang terkejut beruk kerana tidak menyangka turut dipanggil oleh pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) bagi menjawat jawatan Pegawai Psikologi. Jadi dalam masa yang begitu singkat mungkin masih ramai daripada calon-calon yang dipanggil tidak sempat membuat persediaan menjelang tarikh peperiksaan yang umpaam telur dihujung tanduk. Jadi kami di pihak Majalah Kerjaya, menyediakan beberapa tips dan bantuan berupa cadangan bahan bacaan, nota persediaan rujukan pantas, contoh soalan dan sebagainya.

Dalam Artikel ini, Majalah Kerjaya akan menyenaraikan skop-skop penting untuk calon-calon peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 fokus untuk ulangkaji dan membuat persedian dan pecutan akhir menjelang tarikh peperiksaan. Semoga dengan senarai skop dan rujukan ini dapat membantu anda dan calon peperiksaan untuk menjawab peperiksaan online S41 tersebut dengan lancar dan jaya.


1. Mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan tugas, skop Jawatan Pegawai Psikologi S41.



2. Peranan Unit Psikologi & Kaunseling Di Hospital Kerajaan:

· Unit Psikologi & Kanseling dianggotai oleh seorang Pegawai Psikologi PSM Kementerian Kesihatan Malaysia Gred S41.

· Unit ini dinamakan sebagai Unit Psikologi & Kaunseling kerana pendekatan psikologi dan kaunseling digunakan untuk membantu menangani konflik dan isu berkaitan.

· Gabungan dua disiplin ini adalah untuk menghasilkan perkhidmatan psikologi kaunseling yang efisien dan efektif.




3. Objektif Unit Psikologi & Kaunseling di Hospital Kerajaan


- Objektif Unit Psikologi & Kaunseling adalah untuk :

o Meningkatkan kestabilan emosi, mental & spiritual klien yang memerlukan perkhidmatan intervensi yang diberikan.

o Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental, emosi & spiritual dalam mengharungi hidup yang sihat.

o Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.

o Menggalakkan celik akal dikalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam menyelesaikan konflik dan isu yang mengaganggu kehidupan.




4. Fungsi Utama Unit Psikologi & Kaunseling di Hospital Kerajaan

- Unit Psikologi & Kaunseling berfungsi sebagai :

o Melaksanakan program-program pembangunan modal insan di kalangan penjawat awam di hospital 
o Menjalani sesi Klinik Kaunseling / Intervensi ke atas klien yang dirujuk/sukarela (walk in) bagi membantu penyelesaian isu dan konflik yang dihadapi.




5.Piagam Pelanggan Unit Psikologi & Kaunseling

- Sesi Intervensi (kaunseling) dijalankan dalam masa 45 minit - 60 minit.

- adalah keutamaan sesi kaunseling

- Setiap rujukan baru (pesakit luar) diberi temujanji sekurang-kurangnya 7 hari bekerja dari tarikh rujukan.

- Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi sesi kaunseling di dalangan kakitangan hospital akan diberi temujanji dalam masa tidak lebih 7 hari bekerja dari tarikh rujukan dan pemohonan.

- Setiap rujukan baru (pesakit wad) diberi temujanji sekurang-kurangnya 3 hari bekerja daripada tarikh rujukan.

- Pesakit yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan UPK.

- Borang rujukan dan borang permohonan boleh diperolehi dari : 

o Pejabat Unit Psikologi Kaunseling

o Kaunter perkhidmatan di klinik pakar dan wad-wad

o Kaunter unit-unit dan jabatan, dan

o Pejabat Pentadbiran.

o (Borang rujukan hendaklah ditandatangani oleh doktor/ pegawai yang merujuk)


- Hari Klinik Kaunseling adalah pada hari Isnin - Jumaat

o Isnin - Khamis - 9.30 pagi - 4.30 petang

o Jumaat - 9.30 pagi - 12.30 tengahari / 3.30 petang - 4.30 petang




6. Aktiviti Unit Kaunseling & Psikologi (Pegawai Psikologi S41) di Hospital Kerajaan

- Antara aktiviti yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi S41 :

o Mengendalikan sesi kaunseling/konsultasi/intervensi individu, kelompok

o Membuat penilaian psikologi

o Menjalankan lawatan psikososial di rumah

o Pengendalian bengkel & kursus

o Contoh kes seperti :

§ pengurusan kemarahan

§ penderaan

§ tatatertib

§ disiplin

§ psikososial dan lain-lain

o Mempromosi Khidmat Psikologi Kaunseling dan Kesihatan dari aspek emosi, mental spiritual dan tingkahlaku.



7. Takrif Merujuk Kepada Disiplin Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia

- Aplikasi Psikologi : Merujuk kepada aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi penilaian personal, pembangunan personal, penyelidikan dan intervensi.

- Instrumen : Merujuk kepada peralatan atau kaedah yang digunakan untuk mengukur, merekod, menguji faktor-faktor seperti sikap, minat dan tingkah laku.

Intervensi : Merujuk kepada langkah-langkah yang diambil dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai seperti aktiviti kaunseling, pembimbing rakan sekerja dan mentoring. 


- Kaunseling : Merujuk kepada proses perhubungan menolong secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika kaunseling. 


- Program Pengupayaan Kendiri : Merujuk kepada program yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan diri pegawai termasuk mereka yang berprestasi rendah dan bermasalah. 


- Psikologi : Merujuk kepada cabang ilmu sains yang mengkaji tingkah laku, tindakan, pemikiran, proses mental, minda dan diri individu. 


- Ujian Psikologi : Merujuk kepada bentuk ujian yang telah dipiawaikan (ujian, inventori dan skala) untuk mengukur kecerdasan, kebolehan mental secara umum dan spesifik, kebolehan dalaman, nilai, minat, personaliti, motivasi dan bidang-bidang psikologi lain yang telah dibangunkan serta mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. 





8. Aspek Penekanan Yang Perlu Dalam Pengurusan Sumber Manusia

- Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha membangunkan modal insan dalam sektor kerajaan.

- 3 aspek yang ditekankan adalah :

o Pembangunan - Merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pegawai selaras dengan objektif individu dan organisasi.

o Pencegahan - Menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi.

o Pemulihan - Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.



9. Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia

- Dalam Pengurusan Sumber Manusia terdapat 4 skop aplikasi psikologi yang digunakan. Antaranya adalah :

o Aplikasi psikologi dalam penilaian personal :

§ Bertujuan membantu pengurus sumber manusia memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan pencapaian seseorang dengan menggunakan ujian psikologi.

§ Aplikasi ini digunakan semasa urusan :

· Pemilihan,

· Penempatan pekerja,

· Pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi

· Prapersaraan.

§ Ia juga boleh digunakan dalam urusan temu duga berstruktur berasaskan ciri-ciri tingkah laku atau situasi.

o Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel :

§ Bertujuan mewujudkan pegawai yang memiliki nilai dan etika kerja serta sikap yang positif.

§ Ia melibatkan aktiviti :

· Khidmat runding,

· Peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pegawai.

§ Sehubungan itu, aplikasi ini menyediakan cadangan pelaksanaan yang berkaitan dengan aspek psikologi dalam pembangunan kendiri. Ia dapat menerapkan kemahiran mengurus isu dan masalah psikologi di tempat kerja seperti pengurusan emosi, stress, perubahan sikap dan set minda, perhubungan individu, peningkatan motivasi dan lain-lain. Aplikasi ini boleh digunakan kepada semua pegawai dari yang baru dilantik sehingga bersara.

o Aplikasi penyelidikan psikologi – Bertujuan mengkaji permasalahan penjawat awam di tempat kerja seperti faktor- faktor pencetus, penghalang motivasi, interaksi antara manusia dengan peralatan dan sistem kerja (ergonomik). Seterusnya ia dapat menyediakan input dan maklumat yang boleh digunakan untuk penambahbaikan pengurusan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam.

o Aplikasi psikologi dalam intervensi – Bertujuan membangun dan membantu pegawai mengurus masalah secara lebih berkesan melalui Program Pengupayaan Kendiri yang mengandungi aktiviti kaunseling, mentoring dan pembimbing rakan sekerja.



10. Matlamat Penggunaan Instrumen Psikologi Dalam Penilaian Personal

o Mendapatkan maklumat tentang kebijaksanaan, kebolehan, kecenderungan, pencapaian, sikap, nilai, minat, personaliti dan emosi untuk tujuan pengurusan personel demi faedah pegawai dan organisasi 


o Memasti dan menentukan pemilihan pegawai yang sesuai dari segi personaliti, sikap, minat dan nilai dengan jawatan yang hendak diisi.

o Memudahkan proses pemilihan dan penempatan yang melibatkan calon yang ramai untuk sesuatu kumpulan jawatan. 


o Membantu panel temuduga memilih calon yang sesuai dengan sesuatu jawatan berdasarkan keputusan ujian yang telah dilaksanakan 


o Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pegawai dari segi personaliti, sikap, kemahiran dan kebolehan 


o Menempatkan seseorang pegawai bersesuaian dengan personaliti, kebolehan dan minat yang dimiliki. 


o Membantu ketua jabatan merancang pembangunan dan kemajuan kerjaya pegawai dalam aspek penempatan, pengurusan kendiri dan keperluan latihan.


o Membantu pegawai mengenal pasti potensi, kekuatan dan kelemahan serta peluang untuk memajukan diri.

o Membantu bakal pesara mengenal pasti kecenderungan dan minat bagi tujuan persediaan persaraan. 




11. Pelaksanaan Aplikasi Psikologi

o Dalam mengendalikan instrumen psikologi, terdapat dua aktiviti perlu dilaksanakan iaitu :

o Ujian Psikologi

o Urusan Temuduga Berstruktur





12. Ujian Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia
.
.
.
.
.

Kesemua skop-skop dalam artikel Nota Persediaan Peperiksaan Online Psikologi S41 2015, sangat penting untuk anda kuasai supaya anda dapat terus ke peringkat seterusnya iaitu Temuduga. Namun, and kena ingat untuk ke peringkat Temuduga, anda perlu mengatasi calon-calon lain. Jadi, pastikan anda membuat persediaan yang rapi dan secukupnya.  Pihak Majalah Kerjaya, menyarankan jika anda memerlukan NOTA LENGKAP & RUJUKAN PANTAS untuk peperiksaan online Pegawai Psikologi S41, anda boleh langgan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 yang telah disiediakan oleh Tim InfoKerjaya | KLIK DISINI


Untuk artikel berkaitan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 rujuk link dibawah:

- Isu-Isu Semasa 2014/2015
- Pengetahuan Am (Calon S41 Wajib Tahu)


                        

Dapatkan SEKARANG!


--> http://bit.ly/exampegawais41--> http://bit.ly/exampegawais41--> http://bit.ly/exampegawais41


Tags: Pakej rujukan peperiksaan pegawai psikologi s41, panduan pegawai psikologi s41, format peperiksaan online pegawai psikologi s41,pegawai psikologi,pegawai psikologi S41,psikologi S41,psikologi gred s41,exam s41,exam pegawai psikologi,exam pegawai psikologi gred 41,exam psikologi 2015,peperiksaan s41,peperiksaan pegawai psikologi,peperiksaan pegawai psikologi gred 41

0 Komentar untuk "Nota Persediaan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 2015"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info