Bagaimana Cara Terbaik Untuk Penulisan Resume Yang Profesional?


Dalam pasaran kerja yang kompetitif hari ini, Majikan 'relay' pada resume yang ditulis dengan baik untuk menyaring calon-calon yang berpotensi. Dalam banyak keadaan, Majikan melihat melalui laman web carian kerja, atau Portal JobMalaysia, untuk mencari pekerja profesional dengan kemahiran, pendidikan dan pengalaman yang sesuai dengan keperluan mereka. Kebanyakkan syarikat juga biasanya menggunakan aplikasi online untuk calon yang berminat memuat naik resume terus ke website mereka. Tanpa menidakkan peluang untuk anda menghantar e-mel peribadi, atau cover-letter, anda juga mesti memastikan resume anda itu menggambarkan personaliti anda semasa anda membuat senarai pengalaman dan pencapaian profesional dan pendidikan anda. Untuk berbuat demikian, anda boleh masukkan profil profesional atau summary di permulaan resume anda yang membolehkan anda untuk memasarkan atau menonjolkan diri anda secara naratif. Seksyen ini membolehkan bakal majikan anda untuk belajar sesuatu yang unik tentang personaliti dan kerjaya anda, dan juga mendapatkan keyakinan mereka terhadap kemahiran komunikasi anda.

Dalam penulisan resume, untuk menulis satu ringkasan yang berkesan, pertama Anda kena faham apa maklumat yang anda akan sampaikan dalam resume anda. Walaupun summary memberi kefahaman tentang keunikkan personaliti dan keboleh daya saing anda, namun perlu anda ingat anda hanya perlu masukkan hal yang berkaitan dengan kerjaya anda sahaja. Maklumat: seperti etnik, status perkahwinan, orientasi seksual, kepercayaan agama dan anutan, dan lain-lain tidak perlulah anda masukkan kedalam summary anda itu. Walaupun deskriptif  tersebut menyatakan berkaitan diri anda, maklumat tersebut sebenarnya tidak relevan kepada bakal majikan anda untuk pra-saringan sebelum diberi peluang untuk menghadiri temuduga. 

Selain itu, untuk bahagian summary, tidak perlu mengandungi pengalaman profesional anda sebelum ini, KECUALI anda boleh menjelasjan dengan menunjukkan bagaimana latar belakang anda itu boleh menjadi nilai tambahh dalam pembangunan kerjaya masa depan anda. Penting juga untuk anda berhati-hati dengan kenyataan generik seperti ,: "Saya juga seorang yang sangat terancang dan terperinci." Majikan sebenarnya mahu mendengar keunikkan suara anda dan melihat kemahiran komunikasi anda semasa mereka membaca bahagian summary resume anda. Majikan secara generalisasinya dapat mengenalpasti sama ada calon itu seorang yang lemah dalam kemhiran komunikasi hanya dengan melihat resume anda.

Summary dalam penulisan resume anda harus dibuat dalam bentuk perenggan yang pendek atau bullet point, dan cukup beberapa ayat sahaja. Walaupun tiada had untuk anda membuat summary, tetapi jangan pula buat sehingga lebih daripada suku (1/4) halaman. Bahagian summary resume anda boleh bermula dengan tajuk (headline) untuk menerangkan secara ringkas mengenai jawatan profesional anda atau penyataan profesional anda. Tekankan tajuk anda dengan memaparkan tajuk utama dalam fon lebih besar dan 'bold' kan, kerana ia membolehkan majikan berpotensi  untuk memahmi siapa diri anda dengan  cepat. Contohnya:

  • Financial Planning Professional
  • Achieved Double-Digit Return for All Clients through Well-Balanced Financial Portfolios


Penting sekali, Tajuk ini dirancang dengan rapi, kerana ia adalah tanggapan pertama majikan  terhadap potensi yang ada pada anda.

Tiga perkara penting Summary dalam penulisan resume:

  • Pengalaman dan kemahiran yang berkaitan dengan kerja anda
  • Menyatakan apa yang boleh sumabangkan kepada organisasi/syarikat yang tidakboleh calon lain boleh buat
  • Matlamat yang ingin dicapai.


Walaupun summary resume anda ditulis oleh anda, jangan sesekali abaikan orang ke-3 dalam penulisan summary resume anda. Nyatakan apa yang kawan kolej terbaik anda pernah nyatakan berkaitan pencapaiaan anda dalam kerjaya pada masa yang lalu. Ini dapat mengukuhkan jawatan yang anda pohon, dan war-warkan pengalaman dan kemahiran yang anda ada untuk mencapai objektif kerjaya anda.

Jika anda mempunyai lebih dari satu objektif dalam kerjaya, contohnya anda inginkan jawatan dalam jabatan pemasaran/ perhubungan awam, anda bolehlah bangunkan penulisan summary  resume yang berasingan untuk setiap objektif. Penulisan resume boleh mengandungi ringkasan  seksyen berbullet, yang hanya menerangkan  beberapa kemahiran yang kompetitif  untuk anda ajukan kepada majikan. Contoh ringkasan yang berkesan adalah seperti Berikut:

Perancang Kewang Profesional yang berjaya dengan pengalaman melebihi 15 tahum dalam merancang pelan persaraan. Memiliki firma Perancangan Kewangan kecil-kecilan, mecapai pulangan kewangan 2 angka bagi setiap pelanggan dengan membangunkan portfolio pelaburan peribadi. Pemimpin bagi pembangunan dan pertumbuhan profesional bagi 4 produk prancangan kewangan yang lain dalam syarikat dengan mengamalkan keberkesanan dan strategi motivasi mentoring.

Kecekapan utama termasuk:

  • Pembangunan peribadi atau portfolio
  • Ramalan Kewangan
  • Pengurusan portfolio Persaraan
  • Pembangunan berterusan melalui strategi pertumbahan profesional


Sama seperti resume anda secara keseluruhan, summary anda perlulah ditulis dengan baik dan bebas daripada kesilapan. Pastikan untuk menyemak summary anda, dan sesuaikan dengan jawatan yang dipohon. Suatu summary yang berkesan akan membantu anda "cangkuk" majikan anda; Sekiranya anda perlu menjual diri anda untuk menjadi calon utama untuk pekerjaaan itu, pastikan anda tinggalkan bakal majikan anda dengan 1st impression yang terbaik.


0 Komentar untuk "Bagaimana Cara Terbaik Untuk Penulisan Resume Yang Profesional?"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info