5 Tips Penulisan Resume Yang Baik


PINTU UTAMA untuk graduan  diterima masuk bukan TEMUDUGA.Temuduga adalah PINTU KEDUA Pintu pertama dan UTAMA adalah RESUME! Jika resume anda gagal, maka tiada panggilan untuk temuduga. Itu key nya Hasilkan resume yang bagus untuk dipanggil.

Ramai graduan buat silap kerana  menganggap resume hanya sekadar template yang kita isi maklumat di dalamnya. Sebenarnya, resume adalah kunci kepada 'impression' untuk anda beri kepada
bakal majikan. Cuba hasilkan resume terbaik dan anda  perlu tahu kenapa kebanyakan resume 'ditongsampahkan'. Baca: 7 Kesilapan Utama Penulisan Resume


Ikut kajian, kebanyakan calon tidak  dipanggil ke temuduga adalah disebabkan  resume mereka. Jangan ambil mudah dalam menulis resume. Anda akan terkejut sebenarnya banyak perkara yang perlu dititiberatkan dalam penulisan ini. Soalan temuduga spontan daripada penemuduga adalah datangnya dari resume. Jadi jika anda buat salah pada resume, ianya akan membunuh  anda!


Juga jika anda masukkan terlalu banyak maklumat ke dalam resume, ia akan mengundang masalah kepada anda;

- Resume terlalu crowded

- Banyak soalan spontan penemuduga


Tulis resume pada standard yang betul  dan konten yang tepat. Untuk anda yang serius nak tulis resume dan lulus PINTU UTAMA, ini 5 Tips Penulisan Resume yang baik.

Ambil tip ini, mudah-mudahan  membantu untuk anda lepas PINTU UTAMA ini:



1 - Luangkan masa yang spesifik  untuk 'craft' resume anda. Jangan buat sambil lewa!

2 - Jadikan resume anda se'unik' yang boleh. Jangan download template kebanyakan yang anda boleh dapat  di GOOGLE. Jadikan ianya sekadar rujukan, tetapi cuba sedaya upaya untuk buat template resume sendiri

(HINT** Ubah layout)

3 - Letakkan maklumat yang penting sahaja. Jangan hentam masuk semua perkara

4 - Semak ejaan resume anda. Minta saudara/rakan semak bantu anda. Ini  perkara kecil tetapi bakal memberikan  impak yang besar pada 'impression'  penemuduga




5 - Letak gambar terbaik anda. Jika anda pernah dengar tip supaya jangan letak gambar, ABAIKAN nasihat itu. Kita dah buat kajian dan nasihat ini  lebih baik dari nasihat yang anda dengar sebelum ini

Ok, cuba buat 5 Tip ini untuk penghasilan  resume anda yang terbaik.

:
:
:
:
:
:
Tips BONUS!

 6. Variasikan Resume anda  (Key berjaya)

Ok ini tip BONUS. Variasikan resume anda, pastikan resume anda BERBEZA untuk  setiap jawatan dan setiap syarikat atau kementerian yang anda pohon. Define betul-betul career objective  anda supaya selari dengan jawatan dan  syarikat yang anda pohon

Juga kalau boleh pada ruangan 'skill' atau 'seminar/workshop' bersesuaian  dengan jawatan. Ini penting untuk  penemuduga nampak anda sebagai ASET kepada syarikat.

P/S: Jangan buat satu resume dan cetak 20 salinan untuk dihantar kepada  20 syarikat berbeza.


































/
0 Komentar untuk "5 Tips Penulisan Resume Yang Baik"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info