Format Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41


Bermula 2014 lagi pihak SPA, telah mengadakan peperiksaan kelayakan untuk menduduki jawatan-jawatan penting kerajaan melalui peperiksaan online. Justeru, bagi peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 turut dijalankan secara online. Namun, ada sedikit perubahan dimana untuk kali ini (2015), peperiksaan pegawai psikologi S41 lebih mirip kepada "OPEN BOOK TEST"

Untuk lebih terperinci rujuk penerangan diabawah:

Format Peperiksaan  Online Pegawai Psikologi Gred S41

3 Komponen Utama Peperiksaan Online Pegawai Gred S41:

Seksyen A : Pengetahuan am
Seksyen B : Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C : Ujian psikometrik


Seksyen A : Pengetahuan Am

Dalam seksyen A, soalan yang bakal ditanyakan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan bidang psikologi. Bertepatan dengan jawatan yang dipohon, anda seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang psikologi dan kauseling. Selain menguasai ilmu psikologi dan kauseling yang tinggi jangan sampi anda abaikan perkara-perkara kecil yang mungkin dianggap remeh seperti, pengertian psikologi, kaunseling, kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai jabatan psikologi dan kaunseling. Pastikan anda mengambil tahu objektif, misi dan visi ianya ditubuhkan dan bagaimana ianya dijalankan.


Selain berpengetahuan dalam bidang psikologi dan kauseling, anda turut perlu mengusai pengetahuan am, seperti isu-isu semasa yang memberi impak kepada masyarakat, komuniti, dan negara. Selain itu juga, jangan abaikan bidang kemahiran komunikasi, teknologi dan Maklumat (ICT), kerana sebagai Pegawai Psikologi S41, anda seharusnya memiliki kemahiran-kemahirn ini untuk dikaitkn dengan dunia psikologi dan kaunseling.

Selain itu, hal ehwal yang melibatkan pengurusan sumber manusia dan organisasi perlu anda ambil tahu. Ianya amat berkaitan dengan tugas dan tanggung jawab seorang Pegawai Psikologi. Bidang psikologi dan kaunseling amat berkaitan dengannya. Untuk melengkapkan persediaan peperiksaan anda, perancangan dan pentadbiran sosial juga perlu diambil kira. Kedua-dua perkara ini memainkan peranan yang penting untuk anda menyediakan maklumat bagi menghadapi peperiksaan online Pegawai Psikologi S41.


Seksyen B : Daya menyelesaikan masalah
Komponen kedua dalam peperiksaan online Pegawai Psikologi S41, melibatkan daya penyelesaian masalah. Dalam seksyen ini, anda akan diuji dengan soalan-soalan melibatkan pengiraan dan statistik. Anda perlu mahi dalam operasi asas dalam matematik yang pernah anda pelajari dizaman sekolah dahulu. Pesanan majalah kerjaya, ulangkaji semula buku rujukan matematik anda semasa sekolah rendah dan menengah dulu.

Secara umumnya, Pihak SPA telah mengeluarkan garis panduan yang boleh membantu anda untuk mengulangkaji apa yang patut. 3 aras dalam seksyen B ini ialah:

1. Kemahiran Logik. Memerlukan calon untuk membuat pilihan jawapan berasaskan fikiran logik dengan mengenal pasti jawapan yang salah dan betul. 

2. Kemahiran Menginterpretasikan Data. Dalam aras ini carlon perlu menganalisis data yang diberi sama ada dalam graf, formula, jadual carta dan sebagainya. Anda perlu interpretasi data-data yang diberi untuk menyelesaikan masalah. 

3. Konsep Matematik. Konsep matematik seperti numeric, kuantitatif dan kemahiran nombor boleh digunakan semasa menjawab soalan yang dikemukakan. Ia termasuklah konsep dan kebolehan untuk memahami dan berfikir secara kuantitatif yang selari dengan tugasan seorang Pegawai Psikologi. Anda tidak perlu bimbang kerana tahap matematik yang diaplikasikan tidak melebihi silibus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda sudah semestinya mempunyai pengalaman sebagai pelajar SPM.


Seksyen C : Ujian psikometrik

Ujian psikometrik ini diadakan bagi menguji  personaliti diri anda, sikap anda, cara anda membuat keputusan dan tindak balas anda terhadap situasi yang diberikan. Bagi seksyen ini, anda perlu menjawab dengan berhati-hati kerana kebanyakan pilihan jawapan yang diberi  hampir  sama dan sangat mengelirukan. Buat latihan dengan soalan-soalan contoh yang akan membantu anda untuk menjawab dengan baik dan tepat..

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41| KLIK DISINI



Kesimpulan


Seomga penerangan diatas dapat membantu anda serba sedikit untuk menduduki peperiksaan online  pada 25 Mac 2015 ini. Perlu anda ketahui untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Psikologi S41, selain lulus dalam peperiksaan online, anda juga harus melepasi tapisan dalam temuduga diperingkat setrusnya nanti. Namun, kami dipihak majalah kerjaya menasihatkan anda untuk fokus kepada Peperiksaan Online Pegawai Psikologi (S41) terlebih dahulu. Format soalan akan ditanyakan ada dalam 3 kategori. Jumlah soalan dan markah termasuklah masa menjawab akan ditentukan oleh pihak SPA dari masa ke semasa.

Tindakan yang anda perlu ambil sekarang ialah membuat persediaan yang rapi berdasarkan daripada maklumat yang berkaitan dengan Pegawai Psikologi itu sendiri. Kami di Majalah Kerjaya, menyarankan anda untuk dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 yang telah disediakan oleh Tim Info KerjayaKLIK DISINI

Tags: Pakej rujukan peperiksaan pegawai psikologi s41, panduan pegawai psikologi s41, format peperiksaan online pegawai psikologi s41,pegawai psikologi,pegawai psikologi S41,psikologi S41,psikologi gred s41,exam s41,exam pegawai psikologi,exam pegawai psikologi gred 41,exam psikologi 2015,peperiksaan s41,peperiksaan pegawai psikologi,peperiksaan pegawai psikologi gred 41
0 Komentar untuk "Format Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info