7 Kesilapan Utama Penulisan Resume

Pengenalan

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam penulisan resume. Kesilapan-kesilapan ini dikatakan amat kritikal kerana kerap dilakukan berulang kali dan tidak ada usaha yang serius untuk menambah baik penulisan resume yang dilakukan.


Kami mengambil inisiatif ini untuk membantu anda dengan menyenaraikan 7 kesilapan utama yang sudah mulai serius di kalangan pemohon pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda perlu membaca dan menghindari 7 kesilapan utama ini. jika tidak, resume anda bakal dihumban ke dalam longkang.


1. Copy & paste resume.

Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh resume dari rakan yang sudah mempunyai resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah mengubah maklumat tersebut kepada perkara yang berkaitan dengan diri anda. Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulum juga diubah. Anda lupa satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan resume tersebut. Jadi elakkan sikap copy & paste resume dan mulakan penulisan resume yang serius.



2. Crowded data.

Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima bekerja dalam syarikatnya. Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlah perkara yang tepat kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang perlu dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.



3. Tulisan atau font yang fancy.

Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil langkah untuk mencantikkan resume anda. Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenis tulisan atau font. Anda boleh gunakan font yang standard iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma. Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau tulisan tersebut berkerawang seperti rekaan tulisan kad jemputan kahwin. Ini akan menyebabkan resume anda diketepikan dan dilontarkan ke bakul sampah. 



4. General resume.

Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar ke bakal majikan anda disebuah syarikat. Resume yang sama juga anda hantar kepada satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama.



Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.



5. Guna lebih dari 2 warna.

Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih sahaja. Paling tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakat seksyen dalam resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu.



6. Cover letter/surat iringan.

Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga menenggelamkan resume yang dihantar. Sebahagian daripada maklumat di dalam resume diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.



7. Tidak faham keperluan jawatan.

Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama.



Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggung jawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima. Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang ada, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.



Kesimpulan

Menghasilkan resume untuk memohon pekerjaan bukanlah perkara yang main-main. Dari resume anda akan dinilaikan untuk diambil bekerja. Dari resume jugalah anda akan ditemuduga. Pendek kata apa yang anda tulis dalam resume sebenarnya mencerminkan diri anda, sikap anda dan tahap pengetahuan anda. Biar pun anda memiliki kelulusan yang tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh bakal memberi impak kepada kerjaya anda.



Sekiranya anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam kerjaya, anda haruslah mengambil serius dengan cara penulisan resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk menghasilkan resume yang berkualiti ialah dengan merujuk kepada panduan penulisan resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan. Ramai rakyat Malaysia yang sukses dalam kerjaya telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan anda mendapatkan panduan resume ini supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah untuk masa depan kerjaya anda : http://jvsecurepay.com/access/239mt/5317




0 Komentar untuk "7 Kesilapan Utama Penulisan Resume "

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info