Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 Ambilan 2015

Bermula April 2015, panggilan penjawatan Pembantu Tadbir Gred N17 tidak lagi melalui Temuduga semata-mata. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menggunakan kaedah yang sama untuk pengambilan penjawatan bagi jawatan-jawatan kosong kerajaan bergred lebih tinggi seperti Diploma (Gred 27) dan Ijazah Sarjana Muda (Gred 41). Ini bermakna untuk jawatan Pembantu Tadbir N17, calon-calon akan dipanggil untuk Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17. Jelasnya disini, hanya calon yang lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Online tersebut sahaja layak dipertimbangkan untuk menghadiri temuduga. Tanpa persiapan yang rapi agak sukar untuk semua calon Pembantu Tadbir N17 lulus dengan cemerlang.

Sama seperti peperiksaan online yang diadakan untuk jawatan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik, Penolong Penguasa Kastam, dan Pegawai Psikologi, calon-calon Pembantu Tadbir N17, akan diuji melalui format yang sama.


Format Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 


Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu:

1. Seksyen A: Pengetahuan Am
2. Seksyen B: Penyelesaian Masalah
3. Seksyen C: Psikometrik

Seksyen A: Pengetahuan Am

Dalam seksyen A Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17, calon perlu bersedia dengan pengetahuan am yang baik. Calon perlu menguasai bukan sahaja pengetahuan berkaitan bidang tugas pembantu tadbir, malah perlu juga tahu perihal isu-isu semasa, teknologi maklumat, dasar-dasar kerjaaan dan banyak lagi.

Seksyen B: Penyelesaian Masalah

Bagi Seksyen B, calon-calon Pembantu Tadbir N17 akan diuji dengan kewibawaan dalam menyelesaikan permasalah yang diberi. Calon mungkin akan diberi situasi dan perlu memberi tindakan yang sepatutnya. Seksyen ini menekankan tindakan spontan atau respond calon terhadap soalan yang diberi. Selain itu, calon perlu menguasai kemahiran logik,dan kemahiran asas matematik. 


Seksyen C: Psikometrik

Dalam seksyen C calon-calon akan mengenal potensi diri sama ada sesuai menjawat jawatan Pembantu Tadbir N17 atau tidak. Seksyen ini merupakan seksyen yang paling seronok, anda hanya perlu memeberikan jawapan yang berkaitan dengan personaliti anda. Tips daripada Majalah kerjaya pilihan jawapan yang lebih menonjolkan potensi diri anda sebagai Pembantu Tadbir N17.


Maklumat Penjawatan Pembantu Tadbir N17 Sesi April 2015

Seperti dimaklumkan dibahagin atas artikel Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 ini, pihak SPA telah membuat penambahbaikan dari segi pengisian jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir N17 untuk tahun ini (2015).Pihak SPA akan memuat saringan dan tapisan awal melalui peperiksaaan online pembantu tadbir N17.


Maklumat Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17:

Tarikh: 3hb April 2015

Jumlah Kekosongan: 700

Ps: Semak Panggilan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 | KLIK SINI


Ini bermakna anda harus menjadi 700 Calon Terbaik untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Tadbir N17. Jika anda belum memebuat sebarang persediaan untuk peperiksaan ini, pihak Majalah Kerjaya menyarankan anda menggunakanPakej Rujukan Pantas yang di sediakan oleh Tim InfoKerjaya:


Berbeza dengan Pakej Rujukan Peperiksaan Online sebelum ini, seperti Rujukan Peperiksaan Online PTD M41, Pegawai Psikologi S41 & Penolong Penguasa Kastam W27, Tim InfoKerjaya menwarkan Pakej Rujukan Pantas Pembantu N17 secara PECUMA! PERCUMA! PERCUMA  dengan beberapa syarat:

[ Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 ]

✔ Pakej rujukan ini adalah khas untuk calon peperiksaan online Pembantu Tadbir N17, 3 April 2015 ini.

✔ Soalan-soalan disediakan dalam 3 seksyen utama, iaitu Pengetahuan Am (40 Soalan), Daya Menyelesaikan Masalah (20 Soalan) dan Penaksiran Personaliti (96 Soalan).


✔ Pakej soalan ini BUKANLAH soalan bocor, soalan sebenar mahupun soalan ramalan, ia adalah contoh-contoh soalan yang disediakan untuk tujuan pembelajaran dan persediaan calon peperiksaan sahaja.

✔ Pakej rujukan Peperiksan Online Pembantu Tadbir N17 ini TIDAK dijual secara umum. Pakej ini diberi secara PERCUMA kepada pembeli pakej Premier & Master
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sahaja.

✔ Pemberian PERCUMA ini hanya SAH sehingga 2 April 2015, Jam 11.59 malam sahaja.

✔ Beli pakej Premier atau Master 'Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan' dan dapat PERCUMA Pakej 'Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17' yang bernilai RM40.



Atrikel Berkaitan:

  1. Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 
  2. Skop Jawatan Pemabtu Tadbir N17
  3. Tips Temuduga Pembantu Tadbir N17
  4. Faktor Kegagalan Dalam Temuduga Pembantu Tadbir N17





0 Komentar untuk "Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 Ambilan 2015"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info