Skop, Fungsi & Bidang Tugas Penjawatan Pembantu Tadbir N17

Pembantu Tadbir  Gred N17 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang dikategorikan dalam Kumpulan Sokongan II. Kelayakan untuk jawatan ini adalah LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan pengumuman dari pihak SPA, terdapat 700 kekosongan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 bagi tahun 2015.Sesi Pertama untuk pengambilan bakal Pembantu Tadbir N17 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah Pada 03hb April 2015. Namun begitu, pengambilan bermula sesi 2015 lagi pengambilan terus melalui proses Temuduga, sebaliknya calon-calon perlu menghadapi ujian berkomputer terlebih dahulu.

Ujian berkomputer ini dikenali sebagai Peperiksaan Online SPA. Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 ini merupakan kaedah terbaru yang diperkenalkan oleh SPA untuk menyaring/ menapis calon yang betul-betul bersesuaian sahaja mendapat tempat dalam Jawatan Kosong Kerajaan. Ia merupakan kesinambungan kepada peperiksaan online sebelum ini yang bermula pada 2014, dimana calon-calon jawatan kerajaan bergred 27 & 41 (Diploma & Degree) seperti Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41, Pegawai Psikologi S41, dan Penolong Penguasa Kastam W27.

Kaedah Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 merupakan peperiksaan online pertama yang digunakan oleh SPA untuk menguji kelayakan calon jawatan kerajaan untuk jawatan bergred rendah atau kumpulan sokongan (SPM) Gred 17. Jadi mungkin ada calon yang terkejut beruk dan terperanjat kerana perubahan format dalam pengambilan bagi mengisi jawatan Pembantu Tadbir N17. Jika anda salah seorang calon yang terlibat dalam peperiksaan online ini, anda boleh dapatkan Pakej Rujukan Pantas Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 yang diedarkan PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA! oleh Tim Info Kerjaya dengan beberapa syarat:





Pengenalan Pembantu Tadbir ( N17 )

Pembantu Tadbir di dalam pengkhususan Perkeranian/Operasi Gred N17 merupakan jawatan sokongan yang popular dalam Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Mana-mana pejabat kerajaan pasti ada jawatan Pembantu Tadbir untuk membantu kelancaran operasi dalam sesebuah pejabat. Untuk menjadi seorang Pembantu Tadbir, kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah mencukupi.

Untuk permulaan, seseorang yang baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) akan menerima gaji permulaan sebanyak RM928. Kemudian jumlah gaji bulanan akan meningkat sebanyak RM95 setahun sehingga mencecah RM3,375. Berikut adalah ringkasan gaji bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O).


Gaji minimum: RM928.00 

Gaji maksimum: RM3,375.00 

Kenaikan tahunan: RM95.00



Syarat-syarat untuk dilantik sebagai Pembantu Tadbir N17:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan dengan gaji permulaan sebanyak RM928.
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (wajib lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas akan diberi keutamaan.



Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • Mempunyai kelayakan di atas atau
  • Lulus Peperiksaan Khas dan
  • Usia tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan



Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir N17:

Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggung jawabnya seperti perkeranian selari dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkaitan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Tugas Pembantu Tadbir Gred N17 bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17:

a) Pentadbiran pejabat.

b) Pengurusan personel.

c) Pengurusetiaan.

d)Penyediaan dokumen rasmi.

e) Pengurusan rekod.

f) Pengurusan kewangan.

g) Pengurusan fail.

Contoh Organisasi Yang Mempunyai Pembantu Tadbir Gred N17:




Atrikel Berkaitan:

  1. Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17
  2. Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17
  3. Tips Temuduga Pembantu Tadbir N17 
  4. Faktor Kegagalan Dalam Temuduga Pembantu Tadbir N17

0 Komentar untuk "Skop, Fungsi & Bidang Tugas Penjawatan Pembantu Tadbir N17"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info