Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Bermula 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi membuat panggilan temuduga secara terus bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N17, sebaliknya SPA akan membuat saringan awal dimana hanya yangbetul-betul sesuai dan layak sahaja diberi tempat untuk menghadiri temuduga Pembantu Tadbir Gred N17.Saringan awal yang dibuat oleh Pihak SPA ialah melalui Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17. Justeru Calon yang dipanggil oleh SPA haruslah bersedia untuk lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17.

Untuk makluman semua calon, Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17, adalah yang pertama kali seumpanya diadakan untuk jawatan sokongan. Ini bermakna, calon yang terlibat dengan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17, 03hb April 2015 ini merupakan batch pertama yang menggunakan kaedah ini.  

Sebelum kita melihat contoh-contoh soalan yang akan hampir menyamai soalan-soalan dalam Peperiksaaan Online Pembantu Tadbir  Gred N17, calon haruslah faham bahawa dibawah ini cuma contoh soalan dan bukannya soalan ramalan atau soalan bocor bagi peperiksaan online Pembantu Tadbir N17.  


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17


Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu:


1. Seksyen A: Pengetahuan Am

2. Seksyen B: Penyelesaian Masalah

3. Seksyen C: Psikometrik 


Seksyen A:Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling 


Penerangan Format:

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 30 minit untuk menjawab 40 soalan.


Contoh soalan peperiksaan pembantu tadbir:

1. Jawatan Pembantu Tadbir yang berikut adalah benar KECUALI

A. Pembantu Tadbir Pengkeranian/Operasi

B. Pembantu Tadbir Undang-Undang

C. Pembantu Tadbir Kewangan

D. Pegawai Tadbir


2. Pilih tempat Pembantu Tadbir ditugaskan

I. Kementerian

II. Badan Berkanun

III. Jabatan Kerajaan

IV. Pentadbiran Kerajaan Negeri


A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV


3. Di antara berikut, yang manakah tugas seorang Pegawai Tadbir Pengkeranian/Operasi?

I. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar

II. Membuat pengiraan dan penyediaan laporan bulanan

III. Menyelenggara fail/dokumen

IV. Membuat pengiraan statistik


A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV


4. Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat atau jabatan yang meliputi

I. Pentadbiran am dan perkara perkhidmatan

II. Kemudahan perhubungan

III. Alat kelengkapan pejabat

IV. Rekod awam


A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV


1. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR berkaitan kemudahan komunikasi di pejabat


A. Perkhidmatan telefon termasuk telefon bimbit dikawal penggunaannya mengikut peraturan semasa.

B. Perkhidmatan pos untuk menghantar surat dan bungkusan, pos berdaftar dibuat jika bukti penghantaran dan penerimaan diperlukan.

C. Gunakan secara berhemah untuk urusan rasmi dan peribadi.

D. Penggunaan mesin faksimili mengikut peraturan semasa.



Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah


Penerangan Format:


Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 25 minit, sebanyak 20 soalan. Sebenarnya penilaian kali ini sedikit mengejutkan pada seksyen ini. Kebiasaanya jumlah soalan adalah 40 soalan dengan masa 45 minit. Mungkin kerana kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi jadi untuk kali ini ianya dikurangkan? Anda beruntung! Sekali lagi, format tahun ini untuk sesi 3 APRIL 2015 adalah:

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17:

1.Sebuah mesin dengan kos RM 35,000.00 telah dibeli pada 1 Januari 2008. Aset ini disusutnilaikan pada 10 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.



A. RM 1,000.00

B. RM 3,000.00

C. RM 5,000.00

D. RM 7,000.00


2.Kaisara telah menjual telefon bimbitnya dengan harga RM 954.00 kepada Nalini. Beliau telah untung sebanyak 33%. Berapakah harga sebenar telefon bimbit nya



A. RM 420.20

B. RM 532.20

C. RM 639.20

D. RM 720.20


Contoh Pengiraan: 

KEUNTUNGAN 20 % dari harga jualan

Harga sebenar = harga jualan – untung

954 – 314.82= 639.18 bundarkan RM 639.20

Jawapan B


3. Pilih jawapan yang betul mengikut turutan:





Seksyen C:
Ujian Psikometrik


Penerangan Format:

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 20 minit, sebanyak 96 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 3 APRIL 2015 ini. 

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada .....


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17:



1. Saya suka melakukan aktiviti yang memajukan saya.

A. Ya B. Tidak


2. Apabila saya sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah

A. Ya B. Tidak


3. Walaupun saya tidak mahir atau pandai dalam sesuatu perkara, saya selalu berkelakuan seperti seorang yang pandai.

A. Ya B. Tidak


4. Apabila keputusan telah dikeluarkan, mereka tidak boleh menghentikan saya untuk melaksanakannya.

A. Setuju B. Tidak setuju


5. Saya akan menjadi lebih tegas apabila tidak berpuas hati dengan kualiti kerja seseorang.

A. Ya B. Tidak


6. Di tempat kerja yang baru, saya boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

A. Ya
B.Tidak


7. Di dalam mesyuarat, saya mengambil inisiatif untuk berucap menyatakan pendapat.

A. Setuju B. Tidak setuju


8. Setiap tugas yang saya lakukan akan disiapkan tepat pada waktunya.

A. Setuju B. Tidak setuju

===== Mahu Lebih Banyak Contoh Soalan??? =====

Tim InfoKerjaya menwarkan Pakej Rujukan Pantas Pembantu N17 secara PECUMA! PERCUMA! PERCUMA dengan beberapa syarat:


[ Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 ]



✔ Pakej rujukan ini adalah khas untuk calon peperiksaan online Pembantu Tadbir N17, 3 April 2015 ini.

✔ Soalan-soalan disediakan dalam 3 seksyen utama, iaitu Pengetahuan Am (40 Soalan), Daya Menyelesaikan Masalah (20 Soalan) dan Penaksiran Personaliti (96 Soalan).


✔ Pakej soalan ini BUKANLAH soalan bocor, soalan sebenar mahupun soalan ramalan, ia adalah contoh-contoh soalan yang disediakan untuk tujuan pembelajaran dan persediaan calon peperiksaan sahaja.

✔ Pakej rujukan Peperiksan Online Pembantu Tadbir N17 ini TIDAK dijual secara umum. Pakej ini diberi secara PERCUMA kepada pembeli pakej Premier & Master 
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sahaja.

✔ Pemberian PERCUMA ini hanya SAH sehingga 2 April 2015, Jam 11.59 malam sahaja.

✔ Beli pakej Premier atau Master 'Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan' dan dapat PERCUMA Pakej 'Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17' yang bernilai RM40.






0 Komentar untuk "Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info