Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 2015

Adakah anda salah seorang calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 pada 15 April 2015 ini? Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan online tersebut. Persoalannnya sudahkah anda bersedia? Jika anda belum bersedia, anda bertuah kerana sampai kehalaman ini. Semoga Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Penerangan S27 ini dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak format dan cara ujian tersebut dijalankan.

Dalam artikel ini juga, Majalah Kerjaya akan membuat perbandingan sedikit daripada segi contoh soalan & format peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27. Ini kerana, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, untuk keperingkat temuduga, calon tidak lagi perlu menduduki ujian bertulis , tetapi telah ditukar kepada bentuk peperiksaan online. Begitu juga daripada segi format, dimana telah ada beebrapa perubahan berbanding sebelum ini.

FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI S27 2015

Sama seperti peperiksaan online spa bagi jawatan gred 27 & 41 yang lain, format peperiksaan online penolong pegawai S27 kali ini terbahagi kepada 3 SEKSYEN:

1.Seksyen A:Pengetahuan Am & Alam Sekeliling

2.Seksyen B: Penyelesaian 

3.Seksyen C: Psikometrik

Untuk maklumat lanjut berkaitan Format Peperiksaan Online sila rujuk artikel ini:

--> Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27


CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PENERANGAN S27


Seksyen A (Pengetahuan Am)
Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan

Soalan pada bahagian ini lebih menjurus kepada soalan berkaitan pengetahuan am di mana calon diuji berdasarkan soalan yang lebih global daripada fakta sebenar.





3. Negara apakah yang memenangi Sukan Olimpik 2012?

A – Jepun

B – China

C – Amerika Syarikat

D – Soviet


P/S: Baca juga soalan berkaitan skop, bidang tugas & tanggungjawab penolong pegawai penerangan S27 | KLIK SINI


Seksyen B 
(Daya Menyelesaikan Masalah)

Masa : 45 minit
Soalan : 40 soalan

Bahagian B ini pula akan menguji tahap kreativiti, matematikal dan logikal fikiran calon dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu situasi. Soalan biasanya agak mengelirukan bagi sesetengah orang.

Tips:Soalan-soalan di atas memerlukan calon berfikir bagai di luar kotak pemikiran biasa dan calon dinasihatkan agar tidak memandang rendah dengan jenis soalan kerana soalan biasanya tampil dengan pelbagai helah untuk mengelirukan calon.


3. Sebuah mesin fotostat dengan kos RM 1,800.00 telah dibeli pada 1 Januari 2005. Aset ini disusut nilaikan pada 15 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

A. RM 280.00

B. RM 450.00

C. RM 540.00

D. RM 720.00


4. Pilih jawapan yang betul mengikut turutan.



5. Ramli telah menjual telefon bimbitnya dengan harga RM 1000.00 kepada Maisara. Beliau telah untung sebanyak 25 %. Berapakah harga sebenar telefon bimbit nya

A. RM 520.00

B. RM 850.00

C. RM 492.00

D. RM 750.00

KEUNTUNGAN 25 % dari harga jualan

Harga sebenar = harga jualan – untung

1000 – 250 = 750

Jawapan D


6. Fakhrul memeriksa nadinya dan mendapati bahawa degupan jantungnya adalah pada kadar 80 seminit semasa berehat. Pada kadar ini, berapakah hari yang diambil untuk jantungnya berdegup sebanyak 2,000,000 kali ?

A. 9 hari

B. 15 hari

C. 18 hari

D. 19 hari


7. Carta pai berikut menunjukkan sukan berbola yang menjadi pilihan 500 orang pelajar. Sekiranya bilangan yang memilih bola keranjang adalah 2/5 daripada bilangan yang memilih bola sepak, hitung jumlah pelajar yang memilih bola tampar
A. 30 orang

B. 15 orang

C. 20 orang

D. 25 orang


Bola tampar = jumlah – Bola sepak – Bola keranjang – Bola baling

= 500 – 250 – 100 – 125

= 25 orang

Jawapan D



Seksyen C (Psikometrik)



1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti


2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti


3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti


4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya
B. Tidak
 C. Tidak Pasti


6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti



7. Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti


8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti


9. Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan.

A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak


10. Saya lebih produktif apabila saya bekerja secara berkumpulan

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti


11. Jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi.

A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak


12. Sesuatu perkara boleh saya lihatnya secara positif.

A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

13. Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, mereka perlu ada semangat tolong menolong antara satu sama lain.

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti


14. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.

A. Setuju
 B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti


15. Antara sumber inspirasi saya adalah kejayaan orang lain

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti


16. Apabila dimarahi, saya akan melenting

A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak


17. Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih.

A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti


18. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi

A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti


19. Apabila berpindah ke tempat baru, saya yang akan memulakan perbualan

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

20. Masa tidur saya tidak teratur

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti




FORMAT & CONTOH SOALAN UJIAN BERTULIS 
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Berbeza dengan format terbaru dalam peperiksaan online penlong pegawai penerangan S27 2015, format ujian bertulis sebelum ini terbahagi kepada 4 Seksyen utama iaitu:

1.Seksyen A: Pengetahuan Am tentang Malaysia & Dunia

2.Sekyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

3.Seksyen C:Esei Bahasa Melayu

4.Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris




Semoga, penerangan diatas dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk menjawab soalan peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27. Jika anda inginkan lebih banyak bahan rujukan, Majalah Kerjaya mengesyorkan anda mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai  Penerangan +  Contoh Soalan  beserta Jawapan |KLIK SINI

Ops! Jangan Lupa, baca juga artikel berkaitan dibawah:

- Preview Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27
- Nota & Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

0 Komentar untuk "Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 2015"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info