PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27 2015

Pengenalan

(Maklumat ini adalah edaran umum SPA)

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 adalah jawatan yang dikategorikan sebagai sokongan kepada Pegawai Penerangan Gred S41. Berkhidmat di Kementerian atau Jabatan kerajaan, jawatan
ini bakal dianugerahkan bayaran gaji seperti yang berikut :


Untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S27, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi :

Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362.00 atau

Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362.00 atau

Memiliki diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,661.95 atau

Memiliki diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan menerima gaji permulaan sebanyak RM1,661.95.

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Ke Jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

• Memiliki kelayakan di atas; dan

• Lulus Peperiksaan Khas; dan

• Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

• Berkhidmat di Kementerian Penerangan
o Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugastugas
pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasajawatankuasa
Tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan
analisa-analisa berkaitan dengan isu-isu semasa.

• Berkhidmat di Kementerian Kesihatan

o Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan
mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.
o Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta
mengurus kebajikan penderma-penderma darah.


Contoh Carta Penolong Pegawai Penerangan Gred S27




RUJUKAN PANTAS

30 ++ Nota Ringkas ini adalah himpunan tajuk-tajuk penting berkaitan tugas, skop Jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27:



Nota 1 : Program Debat Kenegaraan

· Pertandingan Debat Kenegaraan merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

· Dianjurkan menerusi Program Komuniti Bestari (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca) untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan juga dapat memberi sumbangan kepada negara.

· Program ini adalah satu usaha positif ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat, khasnya generasi muda untuk mengikuti perkembangan semasa, membina minda masyarakat dan memupuk semangat perpaduan di kalangan generasi muda ini.

· Objektif Debat Kenegaraan :

o Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan sokongan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan ke arah kemakmuran dan kemajuan negara.

o Memupuk semangat kerjasama dan nilai-nilai perpaduan di kalangan ahli-ahli Komuniti Bestari dan masyarakat umum melalui perkongsian minat dan kefahaman pelbagai nilai dan sub-budaya.

o Menggalakkan budaya ilmu yang jitu, berwibawa dan perbincangan yang sihat berdasarkan fakta yang sahih, tepat dan jelas selaras dengan globalisasi dan ledakan maklumat.

o Menyemaikan budaya berhujah secara matang, bernas dan bermaklumat berdasarkan kerangka pembinaan masyarakat bermaklumat (knowledge society).

o Menggalakkan nilai-nilai perkongsian matlamat dalam satu wadah dan pasukan bagi tujuan bersama.


Nota 2 : Program Pengisahan Kenegaraan

· Pertandingan ini adalah untuk menjayakan Kempen Cinta Negara di bawah program Setia Bestari, Jabatan Penerangan Malaysia yang bermula pada tahun 2003.

· Matlamatnya adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat melalui kebolehan peserta bercerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah-kaedah komunikasi bersemuka. 

· Peserta-peserta dibenarkan menggunakan alat bantuan media seperti komputer, muzik, visual, teknik lampu dan lain-lain untuk menarik minat penonton.

· Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan pendapat, pandangan dalam bentuk seni dan budaya masyarakat Malaysia.

· Dapat meningkatkan perasaan cinta negara dan patriotik rakyat Malaysia ke arah menyokong arahan usaha Kerajaan melalui kreativiti dan inovasi bagi membina negara Malaysia yang bersepadu, aman damai dan maju sepenuhnya dengan acuan sendiri menjelang tahun 2020.

· Objektif Pengisahan Kenegaraan :

o Menggalakkan warganegara Malaysia menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai dasar- dasar Kerajaan melalui media alternatif seperti kesenian tradisi, puisi moden dan tradisional serta lain-lain bentuk budaya etnik dan pelbagai kaum di Malaysia.

o Meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman rakyat tentang dasar-dasar negara.

o Menggalakan kemahiran menulis skrip dan menyampaikan mesej kenegaraan dalam bentuk bercerita dengan sokongan alat bantuan media.


Nota 3 : Program Kembara Merdeka

· Kembara Merdeka adalah satu program patriotisme yang dianjurkan bertujuan untuk : 

· Meningkatkan semangat patriotisme dan rasa tanggungjawab terhadap kerajaan di mana kepentingan Negara adalah lebih utama daripada kepentingan peribadi.

· Menghayati sejarah perjuangan Negara dan meningkatkan perasaan berterima kasih dan bersyukur kepada jasa-jasa yang telah diberikan oleh pemerintahan dan pemimpin negara.

· Menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan.

· Meningkatkan rasa tanggungjawab rakyat terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara.


Nota 4 : Misi dan Visi Jabatan Penerangan

· VISI : Menjadi peneraju utama dan teras dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan pembinaan negara bangsa berteraskan Rukun Negara.

· MISI : Menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan.


Nota 5 : Objektif Organisasi Jabatan Penerangan Malaysia

· Objektif Jabatan Penerangan Malaysia terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif operasi.

· Secara dasarnya Objektif Umum adalah untuk meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program Kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera serta bersatu-padu.

· Manakala Objektif Operasi :

o Meningkat dan mengukuhkan kefahaman, keyakinan serta sokongan rakyat terhadap kepimpinan negara secara berterusan;

o Memasarkan maklumat mengenai dasar dan wawasan negara agar rakyat memahami, menyokong dan menghayatinya;

o Membentuk pemikiran rakyat agar sejajar dengan gagasan 1Malaysia bagi membina sebuah negara bangsa; 

o Mengukuhkan semangat jatidiri, cinta negara dan perpaduan di kalangan rakyat selaras dengan cita-cita Rukun Negara.

PS: NOTA 6 - NOTA 31 TERDAPAT  DALAM PAKEJ RUJUKAN EXAM ONLINE PEN. PEGAWAI PENERANGAN

FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE


Terbahagi kepada 3 Seksyen:

1. Seksyen A: Pegetahuan Am & Alam Sekeliling
2. Seksyen B: Penyelesaian Masalah
3. Seksyen C: Psikometrik


Seksyen A:Pengetahu Am Mengenai Malaysia danAlam Sekeliling

Penerangan Format

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 30 minit untuk menjawab 40 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan).

Sekali lagi formatnya;

Tempoh: 30 minit
Jumlah Soalan: 40 soalan


Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini.

Antara skop pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah;

PS: Kami tidak dapat memaparkan disini kerana ianya amat sulit. Ia hanya untuk calon yang mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 (2015) sahaja.

Seksyen A:
60 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Jawab soalan 1, 2 dan 3 berdasarkan pernyataan di bawah :



Soalan 6 - 60 Boleh didapatkan dalam naskah penuh Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27


Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah



Penerangan Format

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 35 minit, sebanyak 30 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini untuk sesi 15 APRIL 2015 adalah;

Tempoh: 35 minit
Jumlah Soalan: 30 soalan

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

Penyelesaian Masalah
Menginterpretasi Data
Soalan Matematik
Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi bemula 2009 sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.

PS: Untuk huraian lengkap & analisis setiap bahagian di Seksyen B anda boleh dapatkan  Naskah Penuh | KLIK SINI

Seksyen B:
60 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja


JAWAPAN: x 100% = 15.15 %

JAWAPAN: RM5000

3. Pilih Jawapan yang betul mengikut turutan.

Untuk Bahagian terakhir, selain contoh soalan yang diberikan, pemilik naskah penuh juga dapat akses 2 laman penyedia soalan  yang hampir sama untuk exam ini. Calon boleh membuat latihan tambahan disana.

PS: Untuk solan 4-60 boleh dapatkan di Naskah penuh.




Seksyen C
Ujian Psikometrik



Penerangan Format

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 20 minit. Dalam peperiksaan terkini sebelum ini jumlah soalan adalah 96 soalan. Untuk sesi ini mungkin terdapat sedikit perubahan. Tetapi yang paling penting cara dan skop penilaian seksyen ini adalah sama. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 15 APRIL 2015 ini. 

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

Tempoh: 20 minit
Jumlah Soalan: 96 Soalan (Bagi sesi peperiksaan sebelum ini)

PS: Untuk Teknik , Tips Menjawab serta huraian lengkap bagi seksyen ini sila dapatkan Naskah Penuh Disini.


Seksyen C:
150 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja




PS: Contoh soalan 21-150  boleh dapatkan dalam Naskah Penuh.

Adakah Anda Sudah Bersedia Menjawab Soalan Exam Online 15 April? Jika Belum Jangan Risau Ada Panduan Untuk Persediaan Anda


Tim infokerjaya sudah sediakan rujukan Penolong Pegawai Penerangan S27

Apa yang terkandung dalam rujukan penolong pegawai penerangan S27 jika anda mendapatkan


60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A
60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B
Lebih 100 Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C
Strategi menjawab soalan setiap seksyen
Apa sebenarnya yang dinilai pada Seksyen C dan bagaimana ramai tersungkur dengannya!
30 ++ Nota Ringkas untuk persediaan pantas anda. Ini bakal menjimatkan masa persediaan anda!
... dan banyak lagi

Berita buruknya, rujukan ini hanya diedarkan selama 4 hari sahaja rayuan tidak akan diberikan jika anda lambat membuat tindakan.

Nak dapatkan 3 seksyen contoh soalan penolong pegawai penerangan S27 

TEMPAH  SEKARANG

@

WHATSAPP:014-833 3236



0 Komentar untuk "PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27 2015"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info