Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27


Artikel kali ini, Majalah Kerjaya cuba menyediakan Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27. Untuk menghadapi exam online, calon wajib membuat persediaan dan persiapan yang rapi kerana, melalui pemerhatian yang dibuat oleh Majalah Kerjaya sendiri, mendapati bahawa, ramai calon peperiksaan online SPA, terkandas semasa menjawab peperiksaan online, selain gagal dalam peperiksaan tersebut disebabkan beberapa faktor. Apabila diteliti, kesmua faktor tersebut sebenanrya menjurus kepada 'Aspek Persediaan'.

Apabila membicarakan aspek persediaan menghadapi peperiksaan online, bukan sahaja untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27, malah bagi jawatan-jawatan lain juga, kita boleh bahagikan 'Aspek Persediaan' ini kepada beberapa bahagian:

1. Pengetahuan

Pengetahuan disini merujuk kepada pengetahuan semasa anda, ia bukan merujuk kepada pencapaian anda semasa disekolah atau univeristi. CGPA 3.5 ke atas sekalipun, atau 10 A+ dalam SPM tidak mampu membantu anda sekiranya pengetahuan semasa anda sangat lemah.  Perlu diingat semua calon yang dipangggil telah layak secara agregat walaupun, pencapaian di sekolah/universiti lebih teruk kepada anda. Ujian disini akan menetukan anda untuk lepas ke perinkgkat temuduga atau tidak.

Pada peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27 ini, siapa yang lebih mempunyai pengetahuan dalam bidang atau skop profesion penolong pegawai penerangan mereka lah yang akan menndahului. Selain itu, penuhkan lah diri anda dengan pengetahuan am yang mencukupi termasuk isu-isu semasa yang penting (impak kepada negara), sejarah berkaitan negara, dan ulangkajilah semula pelajaran mengikut silubus SPM seperti operasi asas matematik dan apa sahaja yang releven dengan jawatan yang anda pohon.

Tips: Fikir Selangkah Kehadapan daripada Orang lain!


2. Peralatan

Selain itu, Majalah Kerjaya mendapat banyak rungutan setiap kali exam online SPA diadakan, kerana tidak sempat menjawab dan kandas pada seksyen tertentu. Ada juga yang mengadu tidak dapat sumbit jawapan kepada pihak SPA dan juga ada yang langsung tidak dapat menjawab soalan walaupun telah bersedia dengan pengetahuan yang cukup.

Jadi, sebagai tips untuk menghadapi peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27, anda dinasihatkan supaya, bukan sahaja memebuat persediaan rapi daripada segi pengetahuan tetapi juga tools atau perlatan yang akan digunakan untuk melancarkan proses exam online tersebut.

Apa yang anda perlu buat ialah:

A. Pastikan anda menggunakan PC/Laptop yang baik, jika laptop anda ada sebarang masalah, silalah service/ pinjam sahaja pada kawan-kawan yang mempunyai laptop yang baik. Kita tidak mahu, disaat exam online dijalankan anda bergelut dengan laptop yang hang / loading.

B. Pastikan talian Internet anda mempunyai speed yang laju. Ini penting ya! kerana banyak aduan kami terima, dimana mereka tidak dapat menjaab kerana talian internet mereka tidak stabil.

C. Pen, Kertas & Kalkulator: Alat-alat ini jangan dilupakan. Walaupun ianya exam online tetapi anda pasti perlukanya kerana ada soalan pengiraan yang anda perlu jawab nanti.



3. Psikologi

Aspek psikologi juga menjadi faktor kejayaan/kegagalan anda dalam peepriksaan online penolong pegawai penerangan S27. Ini kerana daripada soalan yang ditanya ia sememamngnya sedang menguji psikologi anda. Anda tidak perlu terlalu ghairah untuk menjawab terlalu cepat. Gunakan peruntukan masa sebaik-baiknya. Walaupun kadang-kadang soalan nampak mudah namun sebenarnya, anda perlu berhati-hati kerana jika anda tidak mengawal diri anda, kami yakin anda cenderung memilih jawapan yang tidak tepat, kerana jawapan yang sangat mengelirukan. Mungkin  anda perlu membuat sedikit "training" dengan menggunakan  contoh soalan peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27.

4. Kesihatan

Menjelang hari ujian, jagalah kesihatan anda sebaiknya. Kesihatan akan mempengaruhi anda semasa menjawab soalan.

6. Sikap

Sikap pula, bagaimana anda bertingkahlaku  dalam menghadapi peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27. Ramai calon mengmabil mudah, sambil lewa dan bersikap auh tidak acuh dalam menempuh exam online. Mereka terlalu yakin dapat menjawab soalan walaupun tidak membuat persediaan. Sikap seperti ini bukan sahaj akan memakan diri tetapi juga membuatkan mereka menyesal kerana gagal dalam exam tersebut. Waktu itu, menangis air mata darah sekalipun tidak beguna lagi.

Perlu dingat, hanya orang yang berusaha & bersungguh-sungguh sahaja biasanya yang lulus dengan cemerlang dalam jian ini. Mereka membuat persediaan yang rapi dari semua aspek. Maka tidak hairanlah mereka berjaya.

Fakta: Calon Wanita Lebih Kuat Memmbuat Persedian Berbanding Lelaki

7.Persepsi

Persepsi ialah mainan minda yang didoroang oleh persekitaran. Persepsi boleh jadi betul atau salah. Malang sekali, sekiranya calon yang dipanggil untuk peperiksaan online penolong pegawai penerangan ini, jika mereka telah membuat persepsi yang salah seperti " exam Online S27 hanya wayang" kononya calon untuk jawatan tersebut telah pun ada. Ada juga yang beranggapan tidak dapat kerja kerajaan kerana nak masuk kerja kerajaan kena ada kabel. Semua persepsi seperti ini akan membunuh anda kerana anda tidak ada keyakinan diri, anda juga akan jadi malas untuk membuat persediaan dan anda juga akan jadi sambil lewa.

Jika ini terjad pada anda, betulkan kemabli persepsi anda, dan yakinlah bahawa, rezeki terletak di tangan Tuhan. Yang penting anda sudah berusaha, doa & tawakal. Ingat ya, Allah memberi setimpal apa yang anda usahakan.

Berdasarkan penjelasan diatas, jelaslah menunjukkan bahawa,calon perlu membuat persediaan menghadapi pepriksaan online penolong pegawai penerangan S27 ini. Ini kerana persediaan yang mantap & rapi dapat mengurangkan risiko untuk calon kandas semasa menjawab peperiksaan atau gagal kerana tidak dapat menjawab soalan dengan jawapan yang tepat. Persoalanya sekrang adakah anda mahu bertindak atau masih berdegil untuk redah kasi pecah sahaja?. Sejauhmanakah persediaan yang  anda telah buat? Jika persediaan anda masih kurang, Majalah Kerjaya  menasihatkan agar anda segera bertindak untuk membuat persediaan yang rapi.

Sebelum terlupa, jika anda memerlukan rujukan khas untuk menjawab peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27, anda boleh dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan yang telah disiediakan oleh Tim InfoKerjaya | KLIK SINI.


Artkel Berkaitan:


- Preview Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27
- Nota & Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

0 Komentar untuk "Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info