Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2015


Untuk makluman, seperti yang diumumkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), akan ada ada Temuduga Latihan Separa Perubatan pada 5 April - 17 April 2015. Ini merupakan peluang terbaik bagi pemohon yang berminat dan telah memohon untuk mengikuti Latihan Separa perubatan dibawah tajaan Pihak SPA.  Kelebihan apabila anda berjaya dalam Temuduga Latihan Separa Perubatan ini, anda akan diserap secara automatik ke jawatan-jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi tidak perlulah anda bimbang lagi perihal peluang pekerjaan selepas tamat mengikuti kursus Latihan Separa Perubatan ini nanti. 

Fakta: Lebih 50 000 Graduan Tidak Dipanggil Temuduga

Jadi kami di Majalah Kerjaya, mendoakan anda yang terlibat dengan Temuduga Latihan Separa Perubatan ini, berusahalah sebaik mungkin untuk meletakkan diri anda diantara calon-calon yang berjaya mengikuti Program Latihan Separa Perubatan ini. Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum masuk ke bilik temuduga! Jangan Tunggu sehingga saat akhir baru nak baca itu ini. Kami disini sedaya upaya akan membantu mana-mana calon yang terlibat, dengan bahan rujukan dan panduan untuk lulus temuduga Latihan Separa Perubatan 2015 ini. Namun semuanya terletak pada tangan anda sama ada ingin berusaha keras atau mengambil mudah dan sambil lewa dalam sesi temuduga ini.

Rujuklah artikel-artikel yang berkaitan Temuduga Kerajaan/SPA & Latihan Separa Perubatan yang ada di laman ini. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu anda untuk mengahdapi Temuduga Latihan Separa Perubatan itu nanti:



Sebelum anda menghadiri temuduga wajib anda mengetahui 'Apakah Latihan Separa Perubatan?'


Latihan Separa Perubatan merupakan di antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan ianya perlu melepasi peperiksaan ataupun temuduga bagi tujuan itu.

Mengikut hebahan SPA, pengambilan bagi Program Latihan Separa Perubatan diadakan 2 kali setahun iaitu pada januari & julai. Jadi bagi sesi jualai akan diadakan pada 5-17hb April 2015 ini.

Mungkin ada antara calon yang dipanggil temuduga kali ini, masih tidak tahu mengenai jawatan yang ditawarkan melalui Program Latihan Separa Perubatan. Berikut antara latihan yang ditawarkan:

+BONUS PERCUMA


KLIK DISINI


Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:











PS: Klik link diatas untuk maklumat khusus mengikut tawaran masing-masing.


Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai. 

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut. 

Syarat Kelayakan :

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam 

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi. 


a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.


Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma: 

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan; 

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan. 

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan. 


Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:




Ps: Klik Link diatas untuk maklumat lanjut.


Syarat Kelayakan :

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 


** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.


Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil: 

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan; 

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan; 

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan. 


Alamat Surat Menyurat:

Setiausaha 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 88856000




Kami doakan kejayaan untuk anda yang akan menghadapi sesi Temuduga Latihan Separa Perubatan 2015! Sebagai persediaan khas untuk anda sila dapatkan rujukan terbaik yang disediakan oleh Tim InfoKerjaya. KLIK DISINI






0 Komentar untuk "Temuduga SPA Latihan Separa Perubatan 2015"

ping blog
Ping
Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Florists Links Text Back Links Exchanges
 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info